Tuesday, March 31, 2009

Cuti Pertengahan Penggal 1 2009


Perjalanan bermula apabila kawan-kawan dari My Livina Club di Northern Region merancang untuk membuat pengubahsuaian pada sistem spring di Kuala Lumpur. Kami bertolak ke Kuala Lumpur pada Jumaat malam bermulanya cuti persekolahan. Berhenti rehat di Restoran Jejantas Sungai Buluh pada pukul 2.10 pagi dan meneruskan perjalanan ke Pandan Mewah pada pukul 7.00 pagi. Setelah seleasai segala urusan bersama My Livina Club kami berhenti rehat di rumah sepupu berhampiran Giant Batu Cave. Setelah tiga hari berada di Kuala Lumpur, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Timur melalui Lebuh Raya Karak-Kuantan. Tiba di Paka pada pukul 5.00 petang dan singgah bertemu rakan My Livina Club dan juga rakan semasa menuntut di universiti dulu. Setelah berbual panjang kami meneruskan perjalanan semula ke Kuala Terengganu dan tiba di sana pada pukul 9.00 malam. Kami berhenti rehat di sebuah homestay yang agak selesa juga kira-kira 10 minit dari pusat bandar. Di sana kami sempat meninjau suasana malam di Bandaraya Kuala Terengganu. Seawal pagi kami terus ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati nasi dagang. Sememangnya trip kali ini semata-mata untuk menunaikan hajat atau melepaskan rasa mengidam anak kelima untuk merasai nasi dagang Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu. Alhamdulillah segala hajat tertunai sudah. Di sini juga kami bertemu dengan beberapa orang kenalan lagi dari My Livina Club dan kami di bawa pula menikmati lempeng nyiur Kuala Terengganu. Selepas "check out" kami meneruskan perjalanan ke Kuala Besut dan bermalam di Chalet Kampung Raja Kuala Besut. Di Sana kami sempat menikmati "satar" yang mana tidak dilepaskan merasainya apabila kami sampai di Kuala Besut. Sebelum tengah hari kami bertolak pulang ke Perlis mengikut laluan Lebuh Raya Timur Barat. Setibanya di Perlis pada petang hari Jumaat kami terus merehatkan badan di rumah ayahanda bonda di kampung halaman tercinta. Keesokan paginya kami mencuba pula merasa nasi dagang stesen kereta api Arau. Ternyata kehebatan dan kelazatan nasi dagang Kuala Terengganu tidak boleh ditandingi. Kami mengisi masa cuti ini lagi dengan melawat Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2, apa yang didapati pengalaman berada di dalam gua kelam 2 suatu pengalaman yang sungguh berharga. Ianya dapat mengimbau kenangan 100 tahun dahulu bagaimana orang terdahulu berkerja meneroka gua mencari dan melombong bijih timah. Akhirnya cuti pada kali ini berakhir jua...kami meneruskan kembali perjalanan pulang ke Pulau Pinang pada hari yang sama.


Baca selanjutnya...

Peribahasa Siri 03

belayar sambil memapan, merapat sambil belayar.

maksudnya: sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai

Peribahasa lain yang sama maksud

  • berkayuh sambil bertimba
  • sambil berdiang, nasi masak
  • ke sungai sambil mandi
  • sambil menyelam minum air
  • sambil berdendang, biduk hilir
  • sekali membuka pura, dua tiga hutang berbayar


Baca selanjutnya...

Wednesday, March 11, 2009

Jalan-jalan ke Balik Pulau


Sempena cuti Maulidur Rasul pada tahun ini kami ke Balik Pulau menikmati laksa janggus. Sebelum itu kami singgah di Masjid Jamek Balik Pulau untuk menunaikan solat Asar. Hidangan makanan harus diseimbangkan dengan hidangan kerohanian.


Baca selanjutnya...

Tuesday, March 10, 2009

Peribahasa Siri 02

1. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau.(pepatah)
Maksud: Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah.

2. Hendak belajar berenang dapatkan itik, Hendak belajar memanjat dapatkan tupai (bidalan)
Maksud: kalau hendak belajar; cari pakarnya.

3. Bagai menatang minyak yang penuh (perumpamaan)
Maksud: sangat dikasihi dan dijaga


Baca selanjutnya...

Tuesday, March 3, 2009

Peribahasa Siri 01

1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (pepatah)
Maksud: Jika ada azam, ada kejayaan

2. Ada Jalan (simpulan bahasa)
Maksud: Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu.

3. Belum duduk sudah berlunjur (bidalan)
Maksud: Kerja tidak ikut aturan.

4. Biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas (bidalan)
Maksud: Meletak jawatan lebih baik dari dipecat.

5. Perempuan perasan, lelaki pemalu (pepatah)
Maksud: Tiap-tiap golongan mempunyai pegangan hidup sendiri.

Setiap peribahasa yang disiarkan di blog ERTIKASIH ini merupakan peribahasa yang terkandung di dalam Buku-buku Teks Bahasa Melayu PMR. Pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR diharap dapat memanfaat isi kandungan di dalam blog ini.


Baca selanjutnya...

Sunday, March 1, 2009

Ejaan Salah vs Ejaan Betul Siri 01

Salah Betul
1. anti-dadah antidadah
2. anti-kerajaan antikerajaan
3. pro-kerajaan prokerajaan
4. anti Rusia anti-Rusia
5. proMalaysia pro-Malaysia


Baca selanjutnya...

Selamat Hari Lahir ke-11: Qurratu Aini Afifah



Tanggal 19 Januari 2009 yang lalu, ulang tahun kelahiran yang ke-11 anak sulung kami disambut sederhana bersama keluarga. Walau demikian kebahagiaan kami sekeluarga semakin erat.


Baca selanjutnya...

Andai Ku Tahu......


Baca selanjutnya...

Kenalan MyLivina Club Malaysia





Semenjak kami menyertai MyLivina Club Malaysia, kenalan dan sahabat bertambah dalam hidup kami. Terasa bermakna hidup ini sekiranya kita mempunyai ramai kawan. Di sini juga kami dapat mengenali rakan baru yang datang dari pelbagai bidang kerjaya. Boleh dikatakan di segenap pelusuk negara kami dapat berhubung dengan rakan-rakan MyLivina Club ini.


Baca selanjutnya...
 

blogger templates | Make Money Online