Saturday, November 14, 2009

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staff

13 November 2009 8.00 malam bertempat di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung jamuan akhir tahun kelab guru dan kakitangan SMK Haji Zainul Abidin direalisasikan dengan jayanya. Alhamdulillah semua yang hadir dapat menikmati hidangan juadah kari kepala ikan yang sungguh enak.


Baca selanjutnya...

Tuesday, October 6, 2009

Jom Kutip Duit Raya...zzaaassss...

Lihat betapa hebatnya JK Rowling penulis buku fiksyen Harry Potter dari satu siri kepada satu siri diterima oleh segenap lapisan pembaca di seluruh dunia. Malah buku tersebut di terjemah ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Berebut-rebut setiap orang apabila setiap siri novelnya yang terbaru tiba di pasaran. Apa yang ada pada JK Rowling ini yang menjadikannya begitu terkenal sehinggakan dari novel diadaptasi pula ke layar perak. Kenapa bakat sebegini tidak pernah wujud di kalangan bangsa kita mahupun bangsa Malaysia.

Baiklah kita tinggal sebentar kisah mengenai JK Rowling dan kita renung mengenai teknik gambar di atas. Sebenarnya ada cerita disebalik gambar ini. Ketika berada di kampung semasa cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini teringat pula tentang kisah Harry Potter yang begitu sinonim dengan penyapu terbangnya. Maka anak ketiga kami ini bersama anak kedua iaitu Danish Mirqan dan Danial Furqan sempat menggayakan aksi Harry Potter terbang mengutip duit raya pada Hari Raya Aidilfitri. Setelah gambar ini diambil kami terus bertandang ke rumah saudara mara untuk bermaaf-maafan. Kemudian Danial dan Danish bertemu sepupu mereka dan menceritakan perihal gambar di atas dan mendakwa penyapu di rumah nenek boleh terbang. Kisah ini tidak berakhir di sini sahaja sebaliknya sepupu-sepupu Danial dan Danish begitu teruja untuk ke rumah nenek mendapatkan penyapu tersebut. Akhirnya mereka menemui juga teknik sebenar bagaimana penyapu tersebut terbang.



Baca selanjutnya...

Saturday, September 26, 2009

Berhari Raya bersama "Kereta" Baru


Setelah lebih 30 tahun membanting tulang mengerjakan sawah bendang membesarkan anak-anak dengan hasil keringat untuk memastikan anak-anak membesar dan mendapat pelajaran secukupnya. Hampir saban hari emak dan ayah menghabiskan wang seharian untuk membesarkan anak-anak dengan sanggup melupakan keinginan sendiri apatah lagi untuk bermewah-mewah.
Hari ini anak-anak telah berjaya dalam bidang masing-masing dengan membawa pulang kereta ke rumah emak dan ayah ini dengan bangga sekali berkat keikhlasan emak dan ayah membesarkan kami sejak dahulu lagi. Hari ini impian emak dan ayah telah tertunai dengan tersergamnya jentera pembajak yang bergelar Suaibumi ini menyambut anak-anak dan cucu-cucu di Hari Raya Aidilfitri.


Baca selanjutnya...

Sunday, August 16, 2009

Konvoi Merdeka Nur Cemerlang English Kindergarten Bersama Warga Emas







Tanggal 16 ogos 2009 (Ahad) kami menyertai satu lagi konvoi merdeka. Kali ini bersama kumpulan staff Nur Cemerlang English Kindergarten. Konvoi ini bermula dari Kampung Seronok dan Desa Jelita bersama-sama penduduk kampung dan beberapa orang warga emas. Konvoi terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan sebanyak 19 buah menuju ke Padang Kota Lama melalui Jelutong Express Way. Selepas bergambar kenangan konvoi bergerak pula ke Pantai Queensbay dan meneruskan perjalanan pulang ke Kampung Seronok Batu Maung untuk menjamu selera di rumah pengasas Nur Cemerlang English Kindergarten.


Baca selanjutnya...

Sunday, August 9, 2009

Konvoi Merdeka Northern Region.







Jam 0700 am

mazwanwa mendahului kehadiran di perkarangan Masjid Seberang Jaya dan diikuti bro opie sejurus kemudian. Kemudian peserta konvoi mula memenuhi ruangan tempat kereta. acara mengedar dan memasang stiker,nombor dan bendera. Sedikit taklimat oleh bro ad dan mr.prez. Bertolak ke Gurun didahului oleh GL bernombor 00(opie) pada jam 0730 am
bro zam77 memasuki konvoi selepas tol sungai dua

Jam 0830 am

tiba di R&R Gurun. Bro Rasta muncul di sini, acara sarapan pagi berlangsung selama 1 jam. Sedikit taklimat dan bacaan doa dan al-fatihah oleh bro zam77buat datuk bro livwhite8448 yang kembali kerahmatullah pada hari Jumaat (sepatutnya bro livwhite8448 juga menyertai konvoi ini) acara mengagihkan stiker, nombor, bendera kepada peserta yang belum mendapatnya daripada ketua kumpulan masing-masing. Pengagihan walkie talkie juga dibuat masa ini.

Jam 1100 am

Konvoi berhenti di Lebuhraya Kuala Perlis. Bro ched tiba menyertai konvoi. mr.prez ambil kesempatan mencari tempat sesuai kerana hendak terkucil.

Jam 1155 am

konvoi tiba di Padang Besar, beberapa peserta berhenti di ATM mesin untuk mengambil wang bekalan. Peserta diberikan masa 3 jam untuk acara bebas membeli-belah dan makan tengah hari. bro mrart meninggalkan konvoi kerana ada urusan, bertemu semula di Gua Kelam. Bro pesa tiba di Padang Besar jam 0300 pm dan memasuki konvoi ketika di Gua Kelam nanti. Bro SHAMLIN dan bro ched meninggalkan konvoi di sini.

Jam 0325 pm

Konvoi bergerak ke Masjid Jamek Titi Tinggi untuk solat jamak. Sesi bergambar terpaksa dibatalkan kerana hujan. Bro mrart tiba memasuki konvoi semula. Mr.Prez bergerak ke Balai Baru untuk mengisi minyak (SHELL sahaja). Bertemu semula di Gua Kelam

Konvoi bergerak ke Gua Kelam jam 0430 pm.

Jam 0445 pm

Konvoi tiba di Gua Kelam. Bro Duan7667 sudah berada di sini. Kemudian bro pesa pula muncul. Peserta konvoi diberi masa sehingga jam 0630 pm bagi acara bebas di Gua Kelam ini. Mr.Prez tiba dan memasuki konvoi semula. Bro zam77 dan bro GL_Black meninggalkan konvoi. Sesi bergambar dilakukan walaupun sudah ramai peserta meninggalkan konvoi.

Konvoi bergerak ke Kuala Perlis pada jam 0730 pm.


Jam 0830 pm

Konvoi tiba di Restoran Lynda Ikan Bakar Kuala Perlis. Peserta mengambil tempat dan menjamu selera. Bro jebat selaku pengurus jamuan bersama-sama peserta konvoi. Jamuan makan berakhir jam 0915 mlm. Peserta konvoi bergerak pulang secara bebas. mazwanwa,jebat,ad,mr.wan,geedin dan mr.prez meneruskan acara sembang-sembang sehingga jam 1130 pm.

konvoi balik bersama mr.prez, ad, mazwanwa, geedin dan mr.wan pada jam 1130 pm.

Jam 0200 am

Tiba di Penang manakala mr.prez meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur


Baca selanjutnya...

Thursday, July 16, 2009

Video MyLC



Klip Video ini menjadi kenangan penubuhan Kelab Pemilik Nissan Grand Livina Malaysia atau lebih dikenali sebagai MyLC. Mesyuarat penubuhan tersebut telah diadakan di Restoran Amir Bangi pada 15 Jun 2008 dan kini genaplah setahun penubuhan MyLC.


Baca selanjutnya...

Wednesday, April 22, 2009

Peribahasa Siri 06

1. Air muka maksud Wajah seseorang
2. Berat tulang maksud Orang yang malas bekerja
3. Darah daging maksud Anak sendiri
4. Meninggi diri maksud Bersikap sombong

5. Murah hati maksud Tidak kedekut
6. Sekangkang kera maksud Ukuran keluasan tanah
7. Tanah air maksud Negara sendiri
8. Tempat tumpah darah maksud Tempat lahir
9. Titik peluh maksud Hasil usaha
10. Tulang belakang maksud Sesuatu yang menjadi pusat kekuatan
11. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya maksud Tingkah laku anak-anak dibentuk oleh ibu bapa mereka
12. Apabila terpelihara kuping, khabar yang jahat tidaklah damping maksud Menjaga pendengaran daripada sesuatu yang tidak baik
13. Bagaikan kaca terhempas ke batu maksud Perasaan yang sedih atau kecewa
14. Bak pungguk rindukan bulan maksud Orang yang amat merindui kekasihnya
15. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing maksud Susah senang dihadapi bersama
16. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh maksud Persefahaman sesuatu kumpulan akan membawa kejayaan manakala pergaduhan hanya membawa perpecahan
17. Biar mati anak, jangan mati adat maksud Anak yang melanggar adat pasti dihukum
18. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni maksud Bersama-sama membuat pekerjaan yang susah dan senang
19. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat maksud Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat makan hendaklah berunding terlebih dahulu
20. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan maksud Kalau ada cita-cita atau azam yang kuat, kejayaan pasti tercapai juga
21. Di mana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung maksud Ikutlah peraturan dan adat resam tempat kita menetap
22. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi maksud Orang yang sama sedarjat
23. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah maksud Pembahagian yang sama rata dan sama adil
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di tanah air sendiri maksud Walau bagaimana mewah ataupun makmur sekalipun di negeri orang, namun negeri sendiri yang lebih baik
25. Jauh perjalanan, luas pengalaman maksud Pengalaman yang banyak diperoleh melalui lawatan ke tempat lain
26. Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya maksud Mendidik anak-anak hendaklah bermula dari kecil lagi
27. Kacang lupakan kulit maksud Orang yang tidak mengenang jasa
28. Mencegah lebih baik daripada mengubati maksud Merawat sebelum merebak
29. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara maksud Orang atau sesuatu uang menjadi unsur atau sumber kekuatan
30. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga maksud Sebijak-bijak orang ada kalanya tersalah juga
31. Seperti lembu dicucuk hidung maksud Orang yang sangat patuh dan menurut perintah
32. Setitik dijadikan laut, sekepal dijadikan gunung maksud Membesar-besarkan perkara yang kecil
33. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas maksud Adat yang tidak berubah atau sesuatu yang tetap utuh
34. Umpama api membara ganas maksud Bencana atau malpetaka yang menimpa sesuatu
35. Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga maksud Biarpun rupa elok dan kacak tetapi kalau budi bahasa buruk maka akan hina juga pada pandangan masyarakat

* Semua peribahasa siri 06 ini ada di dalam buku teks BM tingkatan 3


Baca selanjutnya...
 

blogger templates | Make Money Online