Tuesday, March 31, 2009

Cuti Pertengahan Penggal 1 2009


Perjalanan bermula apabila kawan-kawan dari My Livina Club di Northern Region merancang untuk membuat pengubahsuaian pada sistem spring di Kuala Lumpur. Kami bertolak ke Kuala Lumpur pada Jumaat malam bermulanya cuti persekolahan. Berhenti rehat di Restoran Jejantas Sungai Buluh pada pukul 2.10 pagi dan meneruskan perjalanan ke Pandan Mewah pada pukul 7.00 pagi. Setelah seleasai segala urusan bersama My Livina Club kami berhenti rehat di rumah sepupu berhampiran Giant Batu Cave. Setelah tiga hari berada di Kuala Lumpur, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Timur melalui Lebuh Raya Karak-Kuantan. Tiba di Paka pada pukul 5.00 petang dan singgah bertemu rakan My Livina Club dan juga rakan semasa menuntut di universiti dulu. Setelah berbual panjang kami meneruskan perjalanan semula ke Kuala Terengganu dan tiba di sana pada pukul 9.00 malam. Kami berhenti rehat di sebuah homestay yang agak selesa juga kira-kira 10 minit dari pusat bandar. Di sana kami sempat meninjau suasana malam di Bandaraya Kuala Terengganu. Seawal pagi kami terus ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati nasi dagang. Sememangnya trip kali ini semata-mata untuk menunaikan hajat atau melepaskan rasa mengidam anak kelima untuk merasai nasi dagang Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu. Alhamdulillah segala hajat tertunai sudah. Di sini juga kami bertemu dengan beberapa orang kenalan lagi dari My Livina Club dan kami di bawa pula menikmati lempeng nyiur Kuala Terengganu. Selepas "check out" kami meneruskan perjalanan ke Kuala Besut dan bermalam di Chalet Kampung Raja Kuala Besut. Di Sana kami sempat menikmati "satar" yang mana tidak dilepaskan merasainya apabila kami sampai di Kuala Besut. Sebelum tengah hari kami bertolak pulang ke Perlis mengikut laluan Lebuh Raya Timur Barat. Setibanya di Perlis pada petang hari Jumaat kami terus merehatkan badan di rumah ayahanda bonda di kampung halaman tercinta. Keesokan paginya kami mencuba pula merasa nasi dagang stesen kereta api Arau. Ternyata kehebatan dan kelazatan nasi dagang Kuala Terengganu tidak boleh ditandingi. Kami mengisi masa cuti ini lagi dengan melawat Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2, apa yang didapati pengalaman berada di dalam gua kelam 2 suatu pengalaman yang sungguh berharga. Ianya dapat mengimbau kenangan 100 tahun dahulu bagaimana orang terdahulu berkerja meneroka gua mencari dan melombong bijih timah. Akhirnya cuti pada kali ini berakhir jua...kami meneruskan kembali perjalanan pulang ke Pulau Pinang pada hari yang sama.

0 Comments:

 

blogger templates | Make Money Online