Wednesday, April 22, 2009

Peribahasa Siri 05

1. Baik sangka maksud Rasa muhibah
2. Batu loncatan maksud Sesuatu yang dijadikan asas mendapatkan yang lebih baik
3. Bau-bau bacang maksud Hubungan kekluargaan yang jauh
4. Bawa alamat maksud Menunjukkan tanda
5. Berbalik hati maksud Berubah hati

6. Bidan terjun maksud Menggantikan tugas orang lain dengan tiba-tiba
7. Bunga dedap maksud Perempuan cantik tetapi perangainya buruk
8. Durian runtuh maksud Mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka
9. Jantung hati maksud Orang yang disayangi
10. Jinak-jinak merpati maksud Wanita yang mudah didekati tetapi sukar untuk mendapatkannya
11. Kera sumbang maksud Tidak suka bergaul
12. Langkah bendul maksud Gadis yang berkahwin dahulu daripada kakaknya
13. Lapang dada maksud Perasaan lega
14. Lintah darat maksud Mengambil keuntungan yang tinggi
15. Mati kutu maksud Habis idea
16. Membanting tulang maksud Bekerja kuat
17. Mencolok mata maksud Sesuatu yang tidak elok dipandang
18. Pening-pening lalat maksud Pening kepala sedikit
19. Perang dingin maksud Bergaduh dengan tidak bercakap
20. Ringan tulang maksud Rajin bekerja
21. Salah adat maksud Tidak mengikut kebiasaan
22. Singkat akal maksud Kurang cerdik atau pendek fikiran
23. Tangkai jering maksud Kedekut
24. Tangkap muat maksud Hanya sekadar menyiap sesuatu kerja
25. Tidur-tidur ayam maksud Tidur tidak lena
26. Tumbuk rusuk maksud Mengamalkan rasuah
27. Ada udang di sebalik batu maksud Di sebalik sesuatu perbuatan ada niat tertentu
28. Alah membeli menang memakai maksud Barang mahal biasanya tahan dan elok buatannya
29. Bagai ayam disambar helang maksud Mati tanpa sakit
30. Biar titik jangan tumpah maksud Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
31. Genggam bara api biar jadi arang maksud Melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti.
32. Ibarat burung, mata lepas badan terkurung maksud Tidak ada kebebasan
33. Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut maksud Jikalau tidak mahu berusaha tidak mungkin akan berjaya.
34. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain maksud Sesuatu pekerjaan wal;au bagaimana sukar sekalipun, kalau dilakukan dengan tekun akhirnya akan berjaya juga.
35. Seperti lintah menghisap darah maksud Seseorang yang mengenakan faedah yang tinggi kepada peminjam
36. Seperti aur dengan tebing maksud Saling bekerjasama
37. Seperti embun di hujung rumput maksud Perasaan sayang yang mudah hilang
38. Seperti harimau menyembunyikan kukunya maksud Orang yang menyembunyikan kekuatannya
39. Seperti hujan jatuh ke pasir maksud Pertolongan yang sia-sia kerana tidak dibalas

* Semua peribahasa siri 05 ini ada di dalam buku teks BM tingkatan 2

13 Comments:

Miss Heerah said...

yey!!!akhirnya sy dh ad jwpan dy..trime kasih~

Six said...

Terima Kasih banyak2 tuan. Saya pelajar tingkatan 2 dari Negeri Sembilan(Nilai). Simpulan Bahasa yang tuan 'post' sangat membantu saya. Hrap2 log ERTI KASIH akan menjadi blog terkenal pada masa hadapan

Anonymous said...

Terima kasih..sy pelajar form 2 ..disebbkan anda!
Sy telah mendapat semua jawapan..terima kasih!!!

Anonymous said...

terima kasih kerana telah menolong saya mendapat maksud peribahasa yang saya tak faham.Disebabkan kamu saya telah menyiapkan kerja sekolah bahasa melayu yang cikgu bagi ... terima kasih banyak

Anonymous said...

Terma kasih! Terimah kasih! :)

Anonymous said...

Thanks...semua soalan yang tak terjawab akhirnya diisi...thanks sngt2...

Anonymous said...

Terima Kasih kerana menolong saya menyiapkan kerja yang cikgu bagi XD

Renesmy said...

Wow , this help me a lot . I've just done all the homework .

Anonymous said...

question from Textbook Form 2 right ? :)

Anonymous said...

Terima kasih...

Anonymous said...

Terima kasih.sy dah dpt jwpn.

Anonymous said...

Terima kasih.sy dah dpt jwpn.

Anonymous said...

Terima kasih.......akhirnya...siap jugak homework saya ni.....jawapan kamu memang dapat membantu saya menyiapkan homework saya ni.............Terima kasih banyak-banyak.....

 

blogger templates | Make Money Online