Tuesday, October 6, 2009

Jom Kutip Duit Raya...zzaaassss...

Lihat betapa hebatnya JK Rowling penulis buku fiksyen Harry Potter dari satu siri kepada satu siri diterima oleh segenap lapisan pembaca di seluruh dunia. Malah buku tersebut di terjemah ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Berebut-rebut setiap orang apabila setiap siri novelnya yang terbaru tiba di pasaran. Apa yang ada pada JK Rowling ini yang menjadikannya begitu terkenal sehinggakan dari novel diadaptasi pula ke layar perak. Kenapa bakat sebegini tidak pernah wujud di kalangan bangsa kita mahupun bangsa Malaysia.

Baiklah kita tinggal sebentar kisah mengenai JK Rowling dan kita renung mengenai teknik gambar di atas. Sebenarnya ada cerita disebalik gambar ini. Ketika berada di kampung semasa cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini teringat pula tentang kisah Harry Potter yang begitu sinonim dengan penyapu terbangnya. Maka anak ketiga kami ini bersama anak kedua iaitu Danish Mirqan dan Danial Furqan sempat menggayakan aksi Harry Potter terbang mengutip duit raya pada Hari Raya Aidilfitri. Setelah gambar ini diambil kami terus bertandang ke rumah saudara mara untuk bermaaf-maafan. Kemudian Danial dan Danish bertemu sepupu mereka dan menceritakan perihal gambar di atas dan mendakwa penyapu di rumah nenek boleh terbang. Kisah ini tidak berakhir di sini sahaja sebaliknya sepupu-sepupu Danial dan Danish begitu teruja untuk ke rumah nenek mendapatkan penyapu tersebut. Akhirnya mereka menemui juga teknik sebenar bagaimana penyapu tersebut terbang.


0 Comments:

 

blogger templates | Make Money Online