Saturday, November 14, 2009

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staff

13 November 2009 8.00 malam bertempat di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung jamuan akhir tahun kelab guru dan kakitangan SMK Haji Zainul Abidin direalisasikan dengan jayanya. Alhamdulillah semua yang hadir dapat menikmati hidangan juadah kari kepala ikan yang sungguh enak.


Baca selanjutnya...

Tuesday, October 6, 2009

Jom Kutip Duit Raya...zzaaassss...

Lihat betapa hebatnya JK Rowling penulis buku fiksyen Harry Potter dari satu siri kepada satu siri diterima oleh segenap lapisan pembaca di seluruh dunia. Malah buku tersebut di terjemah ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Berebut-rebut setiap orang apabila setiap siri novelnya yang terbaru tiba di pasaran. Apa yang ada pada JK Rowling ini yang menjadikannya begitu terkenal sehinggakan dari novel diadaptasi pula ke layar perak. Kenapa bakat sebegini tidak pernah wujud di kalangan bangsa kita mahupun bangsa Malaysia.

Baiklah kita tinggal sebentar kisah mengenai JK Rowling dan kita renung mengenai teknik gambar di atas. Sebenarnya ada cerita disebalik gambar ini. Ketika berada di kampung semasa cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini teringat pula tentang kisah Harry Potter yang begitu sinonim dengan penyapu terbangnya. Maka anak ketiga kami ini bersama anak kedua iaitu Danish Mirqan dan Danial Furqan sempat menggayakan aksi Harry Potter terbang mengutip duit raya pada Hari Raya Aidilfitri. Setelah gambar ini diambil kami terus bertandang ke rumah saudara mara untuk bermaaf-maafan. Kemudian Danial dan Danish bertemu sepupu mereka dan menceritakan perihal gambar di atas dan mendakwa penyapu di rumah nenek boleh terbang. Kisah ini tidak berakhir di sini sahaja sebaliknya sepupu-sepupu Danial dan Danish begitu teruja untuk ke rumah nenek mendapatkan penyapu tersebut. Akhirnya mereka menemui juga teknik sebenar bagaimana penyapu tersebut terbang.



Baca selanjutnya...

Saturday, September 26, 2009

Berhari Raya bersama "Kereta" Baru


Setelah lebih 30 tahun membanting tulang mengerjakan sawah bendang membesarkan anak-anak dengan hasil keringat untuk memastikan anak-anak membesar dan mendapat pelajaran secukupnya. Hampir saban hari emak dan ayah menghabiskan wang seharian untuk membesarkan anak-anak dengan sanggup melupakan keinginan sendiri apatah lagi untuk bermewah-mewah.
Hari ini anak-anak telah berjaya dalam bidang masing-masing dengan membawa pulang kereta ke rumah emak dan ayah ini dengan bangga sekali berkat keikhlasan emak dan ayah membesarkan kami sejak dahulu lagi. Hari ini impian emak dan ayah telah tertunai dengan tersergamnya jentera pembajak yang bergelar Suaibumi ini menyambut anak-anak dan cucu-cucu di Hari Raya Aidilfitri.


Baca selanjutnya...

Sunday, August 16, 2009

Konvoi Merdeka Nur Cemerlang English Kindergarten Bersama Warga Emas







Tanggal 16 ogos 2009 (Ahad) kami menyertai satu lagi konvoi merdeka. Kali ini bersama kumpulan staff Nur Cemerlang English Kindergarten. Konvoi ini bermula dari Kampung Seronok dan Desa Jelita bersama-sama penduduk kampung dan beberapa orang warga emas. Konvoi terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan sebanyak 19 buah menuju ke Padang Kota Lama melalui Jelutong Express Way. Selepas bergambar kenangan konvoi bergerak pula ke Pantai Queensbay dan meneruskan perjalanan pulang ke Kampung Seronok Batu Maung untuk menjamu selera di rumah pengasas Nur Cemerlang English Kindergarten.


Baca selanjutnya...

Sunday, August 9, 2009

Konvoi Merdeka Northern Region.







Jam 0700 am

mazwanwa mendahului kehadiran di perkarangan Masjid Seberang Jaya dan diikuti bro opie sejurus kemudian. Kemudian peserta konvoi mula memenuhi ruangan tempat kereta. acara mengedar dan memasang stiker,nombor dan bendera. Sedikit taklimat oleh bro ad dan mr.prez. Bertolak ke Gurun didahului oleh GL bernombor 00(opie) pada jam 0730 am
bro zam77 memasuki konvoi selepas tol sungai dua

Jam 0830 am

tiba di R&R Gurun. Bro Rasta muncul di sini, acara sarapan pagi berlangsung selama 1 jam. Sedikit taklimat dan bacaan doa dan al-fatihah oleh bro zam77buat datuk bro livwhite8448 yang kembali kerahmatullah pada hari Jumaat (sepatutnya bro livwhite8448 juga menyertai konvoi ini) acara mengagihkan stiker, nombor, bendera kepada peserta yang belum mendapatnya daripada ketua kumpulan masing-masing. Pengagihan walkie talkie juga dibuat masa ini.

Jam 1100 am

Konvoi berhenti di Lebuhraya Kuala Perlis. Bro ched tiba menyertai konvoi. mr.prez ambil kesempatan mencari tempat sesuai kerana hendak terkucil.

Jam 1155 am

konvoi tiba di Padang Besar, beberapa peserta berhenti di ATM mesin untuk mengambil wang bekalan. Peserta diberikan masa 3 jam untuk acara bebas membeli-belah dan makan tengah hari. bro mrart meninggalkan konvoi kerana ada urusan, bertemu semula di Gua Kelam. Bro pesa tiba di Padang Besar jam 0300 pm dan memasuki konvoi ketika di Gua Kelam nanti. Bro SHAMLIN dan bro ched meninggalkan konvoi di sini.

Jam 0325 pm

Konvoi bergerak ke Masjid Jamek Titi Tinggi untuk solat jamak. Sesi bergambar terpaksa dibatalkan kerana hujan. Bro mrart tiba memasuki konvoi semula. Mr.Prez bergerak ke Balai Baru untuk mengisi minyak (SHELL sahaja). Bertemu semula di Gua Kelam

Konvoi bergerak ke Gua Kelam jam 0430 pm.

Jam 0445 pm

Konvoi tiba di Gua Kelam. Bro Duan7667 sudah berada di sini. Kemudian bro pesa pula muncul. Peserta konvoi diberi masa sehingga jam 0630 pm bagi acara bebas di Gua Kelam ini. Mr.Prez tiba dan memasuki konvoi semula. Bro zam77 dan bro GL_Black meninggalkan konvoi. Sesi bergambar dilakukan walaupun sudah ramai peserta meninggalkan konvoi.

Konvoi bergerak ke Kuala Perlis pada jam 0730 pm.


Jam 0830 pm

Konvoi tiba di Restoran Lynda Ikan Bakar Kuala Perlis. Peserta mengambil tempat dan menjamu selera. Bro jebat selaku pengurus jamuan bersama-sama peserta konvoi. Jamuan makan berakhir jam 0915 mlm. Peserta konvoi bergerak pulang secara bebas. mazwanwa,jebat,ad,mr.wan,geedin dan mr.prez meneruskan acara sembang-sembang sehingga jam 1130 pm.

konvoi balik bersama mr.prez, ad, mazwanwa, geedin dan mr.wan pada jam 1130 pm.

Jam 0200 am

Tiba di Penang manakala mr.prez meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur


Baca selanjutnya...

Thursday, July 16, 2009

Video MyLC



Klip Video ini menjadi kenangan penubuhan Kelab Pemilik Nissan Grand Livina Malaysia atau lebih dikenali sebagai MyLC. Mesyuarat penubuhan tersebut telah diadakan di Restoran Amir Bangi pada 15 Jun 2008 dan kini genaplah setahun penubuhan MyLC.


Baca selanjutnya...

Wednesday, April 22, 2009

Peribahasa Siri 06

1. Air muka maksud Wajah seseorang
2. Berat tulang maksud Orang yang malas bekerja
3. Darah daging maksud Anak sendiri
4. Meninggi diri maksud Bersikap sombong

5. Murah hati maksud Tidak kedekut
6. Sekangkang kera maksud Ukuran keluasan tanah
7. Tanah air maksud Negara sendiri
8. Tempat tumpah darah maksud Tempat lahir
9. Titik peluh maksud Hasil usaha
10. Tulang belakang maksud Sesuatu yang menjadi pusat kekuatan
11. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya maksud Tingkah laku anak-anak dibentuk oleh ibu bapa mereka
12. Apabila terpelihara kuping, khabar yang jahat tidaklah damping maksud Menjaga pendengaran daripada sesuatu yang tidak baik
13. Bagaikan kaca terhempas ke batu maksud Perasaan yang sedih atau kecewa
14. Bak pungguk rindukan bulan maksud Orang yang amat merindui kekasihnya
15. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing maksud Susah senang dihadapi bersama
16. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh maksud Persefahaman sesuatu kumpulan akan membawa kejayaan manakala pergaduhan hanya membawa perpecahan
17. Biar mati anak, jangan mati adat maksud Anak yang melanggar adat pasti dihukum
18. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni maksud Bersama-sama membuat pekerjaan yang susah dan senang
19. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat maksud Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat makan hendaklah berunding terlebih dahulu
20. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan maksud Kalau ada cita-cita atau azam yang kuat, kejayaan pasti tercapai juga
21. Di mana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung maksud Ikutlah peraturan dan adat resam tempat kita menetap
22. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi maksud Orang yang sama sedarjat
23. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah maksud Pembahagian yang sama rata dan sama adil
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di tanah air sendiri maksud Walau bagaimana mewah ataupun makmur sekalipun di negeri orang, namun negeri sendiri yang lebih baik
25. Jauh perjalanan, luas pengalaman maksud Pengalaman yang banyak diperoleh melalui lawatan ke tempat lain
26. Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya maksud Mendidik anak-anak hendaklah bermula dari kecil lagi
27. Kacang lupakan kulit maksud Orang yang tidak mengenang jasa
28. Mencegah lebih baik daripada mengubati maksud Merawat sebelum merebak
29. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara maksud Orang atau sesuatu uang menjadi unsur atau sumber kekuatan
30. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga maksud Sebijak-bijak orang ada kalanya tersalah juga
31. Seperti lembu dicucuk hidung maksud Orang yang sangat patuh dan menurut perintah
32. Setitik dijadikan laut, sekepal dijadikan gunung maksud Membesar-besarkan perkara yang kecil
33. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas maksud Adat yang tidak berubah atau sesuatu yang tetap utuh
34. Umpama api membara ganas maksud Bencana atau malpetaka yang menimpa sesuatu
35. Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga maksud Biarpun rupa elok dan kacak tetapi kalau budi bahasa buruk maka akan hina juga pada pandangan masyarakat

* Semua peribahasa siri 06 ini ada di dalam buku teks BM tingkatan 3


Baca selanjutnya...

Peribahasa Siri 05

1. Baik sangka maksud Rasa muhibah
2. Batu loncatan maksud Sesuatu yang dijadikan asas mendapatkan yang lebih baik
3. Bau-bau bacang maksud Hubungan kekluargaan yang jauh
4. Bawa alamat maksud Menunjukkan tanda
5. Berbalik hati maksud Berubah hati

6. Bidan terjun maksud Menggantikan tugas orang lain dengan tiba-tiba
7. Bunga dedap maksud Perempuan cantik tetapi perangainya buruk
8. Durian runtuh maksud Mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka
9. Jantung hati maksud Orang yang disayangi
10. Jinak-jinak merpati maksud Wanita yang mudah didekati tetapi sukar untuk mendapatkannya
11. Kera sumbang maksud Tidak suka bergaul
12. Langkah bendul maksud Gadis yang berkahwin dahulu daripada kakaknya
13. Lapang dada maksud Perasaan lega
14. Lintah darat maksud Mengambil keuntungan yang tinggi
15. Mati kutu maksud Habis idea
16. Membanting tulang maksud Bekerja kuat
17. Mencolok mata maksud Sesuatu yang tidak elok dipandang
18. Pening-pening lalat maksud Pening kepala sedikit
19. Perang dingin maksud Bergaduh dengan tidak bercakap
20. Ringan tulang maksud Rajin bekerja
21. Salah adat maksud Tidak mengikut kebiasaan
22. Singkat akal maksud Kurang cerdik atau pendek fikiran
23. Tangkai jering maksud Kedekut
24. Tangkap muat maksud Hanya sekadar menyiap sesuatu kerja
25. Tidur-tidur ayam maksud Tidur tidak lena
26. Tumbuk rusuk maksud Mengamalkan rasuah
27. Ada udang di sebalik batu maksud Di sebalik sesuatu perbuatan ada niat tertentu
28. Alah membeli menang memakai maksud Barang mahal biasanya tahan dan elok buatannya
29. Bagai ayam disambar helang maksud Mati tanpa sakit
30. Biar titik jangan tumpah maksud Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
31. Genggam bara api biar jadi arang maksud Melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti.
32. Ibarat burung, mata lepas badan terkurung maksud Tidak ada kebebasan
33. Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut maksud Jikalau tidak mahu berusaha tidak mungkin akan berjaya.
34. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain maksud Sesuatu pekerjaan wal;au bagaimana sukar sekalipun, kalau dilakukan dengan tekun akhirnya akan berjaya juga.
35. Seperti lintah menghisap darah maksud Seseorang yang mengenakan faedah yang tinggi kepada peminjam
36. Seperti aur dengan tebing maksud Saling bekerjasama
37. Seperti embun di hujung rumput maksud Perasaan sayang yang mudah hilang
38. Seperti harimau menyembunyikan kukunya maksud Orang yang menyembunyikan kekuatannya
39. Seperti hujan jatuh ke pasir maksud Pertolongan yang sia-sia kerana tidak dibalas

* Semua peribahasa siri 05 ini ada di dalam buku teks BM tingkatan 2


Baca selanjutnya...

Tuesday, April 21, 2009

Peribahasa Siri 04

1. Ada hati maksud Ada keinginan atau kemahuan
2. Ambil berat maksud Memberi perhatian
3. Ambil langkah maksud Memulakan sesuatu pekerjaan
4. Asam garam maksud Pengalaman hidup
5. Berpeluk tubuh maksud Malas bekerja

6. Besar hati maksud Bangga; megah
7. Buah fikiran maksud Pendapat atau pandangan
8. Buah mulut maksud Bahan yang menjadi perbualan hangat
9. Buah tangan maksud Hadiah yang dibawa ketika menziarah seseorang
10. Bulat hati maksud Bertekad
11. Dalam tangan maksud Pasti dapat
12. Hancur hati maksud Sangat sedih
13. Mencari akal maksud Berfikir untuk menyelesaikan masalah
14. Putus asa maksud Tidak mengharap lagi
15. Ringan mulut maksud Peramah
16. Tajam akal maksud Cerdik
17. Tali barut maksud Orang yang menjadi mata-mata kepada orang lain
18. Alah bisa tegal biasa maksud Semua kesusahan tidak akan terasa apabila telah biasa
19. Alang-alang mandi biar basah maksud Kalau mengerjakan sesuatu biar sampai selesai
20. Bagai bulan purnama empat belas maksud Kecantikan wajah seorang perempuan
21. Bagai anjing buruk kepala maksud Orang yang dibenci orang
22. Bagai aur dengan tebing maksud Saling bekerjasama
23. Bagai cincin dengan permata maksud sama padan
24. Bagai layang-layang putus tali maksud Hilang tempat bergantung
25. Bagai minyak dengan air maksud Orang yang bermusuhan mustahil dapat disatukan
26. Bagai murai dicabut ekor maksud Perempuan yang suka bercakap banyak
27. Bagai pucuk dilancarkan maksud Sangat laju
28. Bagaimana acuan begitulah kuihnya maksud Menurut asal usulnya
29. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak maksud Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu
30. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang maksud Merendah diri
31. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian maksud Bersusah payah dahulu sebelum mendapat kejayaan.
32. Biar putih tulang jangan putih mata maksud Sanggup mati daripada mengalah
33. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat maksud Diam orang berilmu berfikir. Diam orang bodoh sia-sia sahaja.
34. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama maksud Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk
35. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih maksud Jika kita hendak sesuatu kita kan berusaha sehingga berjaya, jika kita mahu kita akan mencari alasan untuk tidak melakukannya
36. Indah khabar daripada rupa maksud Sesuatu berita itu dilebih-lebihkan daripada yang sebenar
37. Jauhari juga yang mengenal manikam maksud Orang yang bijak sahaja dapat menilai
38. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga maksud Jika cetek pengetahuan, jangan mencabar orang yang lebih berpengetahuan
39. Kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya maksud Kalau hendak mendidik anak biarlah dari kecil
40. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya maksud Jika tidak berusaha bersungguh-sungguh, pasti tidak akan berjaya
41. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa maksud Pengetahuan tidak khusus kepada orang-orang tua sahaja
42. Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang maksud Yang nampak baik jangan cepat diterima, yang nampak buruk jangan cepat ditolak
43. Nasi sudah menjadi bubur maksud Sesuatu yang tidak boleh diperbaiki lagi.
44. sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan maksud Jika kita sayangkan anak, perlulah dididik dan ditegur apabila mereka melakukan kesalahan, begitu juga isteri jangan dimanja-manjakan
45. Seperti lipas kudung maksud Cepat menyiapkan kerja
46. Sudah jatuh ditimpa tangga maksud Mendapat musibah berturut-turut
47. Sudah terhantuk baru tengadah maksud Sudah berlaku baru beringat
48. Ukur baju di badan sendiri maksud Melakukan sesuatu mengikut kemampuan sendiri
49. Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua maksud Jika seorang ahli kumpulan mendapat susah, yang lain turut merasainya

*semua peribahasa siri 04 ini ada di dalam buku teks BM tingkatan 1


Baca selanjutnya...

Tuesday, March 31, 2009

Cuti Pertengahan Penggal 1 2009


Perjalanan bermula apabila kawan-kawan dari My Livina Club di Northern Region merancang untuk membuat pengubahsuaian pada sistem spring di Kuala Lumpur. Kami bertolak ke Kuala Lumpur pada Jumaat malam bermulanya cuti persekolahan. Berhenti rehat di Restoran Jejantas Sungai Buluh pada pukul 2.10 pagi dan meneruskan perjalanan ke Pandan Mewah pada pukul 7.00 pagi. Setelah seleasai segala urusan bersama My Livina Club kami berhenti rehat di rumah sepupu berhampiran Giant Batu Cave. Setelah tiga hari berada di Kuala Lumpur, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Timur melalui Lebuh Raya Karak-Kuantan. Tiba di Paka pada pukul 5.00 petang dan singgah bertemu rakan My Livina Club dan juga rakan semasa menuntut di universiti dulu. Setelah berbual panjang kami meneruskan perjalanan semula ke Kuala Terengganu dan tiba di sana pada pukul 9.00 malam. Kami berhenti rehat di sebuah homestay yang agak selesa juga kira-kira 10 minit dari pusat bandar. Di sana kami sempat meninjau suasana malam di Bandaraya Kuala Terengganu. Seawal pagi kami terus ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati nasi dagang. Sememangnya trip kali ini semata-mata untuk menunaikan hajat atau melepaskan rasa mengidam anak kelima untuk merasai nasi dagang Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu. Alhamdulillah segala hajat tertunai sudah. Di sini juga kami bertemu dengan beberapa orang kenalan lagi dari My Livina Club dan kami di bawa pula menikmati lempeng nyiur Kuala Terengganu. Selepas "check out" kami meneruskan perjalanan ke Kuala Besut dan bermalam di Chalet Kampung Raja Kuala Besut. Di Sana kami sempat menikmati "satar" yang mana tidak dilepaskan merasainya apabila kami sampai di Kuala Besut. Sebelum tengah hari kami bertolak pulang ke Perlis mengikut laluan Lebuh Raya Timur Barat. Setibanya di Perlis pada petang hari Jumaat kami terus merehatkan badan di rumah ayahanda bonda di kampung halaman tercinta. Keesokan paginya kami mencuba pula merasa nasi dagang stesen kereta api Arau. Ternyata kehebatan dan kelazatan nasi dagang Kuala Terengganu tidak boleh ditandingi. Kami mengisi masa cuti ini lagi dengan melawat Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2, apa yang didapati pengalaman berada di dalam gua kelam 2 suatu pengalaman yang sungguh berharga. Ianya dapat mengimbau kenangan 100 tahun dahulu bagaimana orang terdahulu berkerja meneroka gua mencari dan melombong bijih timah. Akhirnya cuti pada kali ini berakhir jua...kami meneruskan kembali perjalanan pulang ke Pulau Pinang pada hari yang sama.


Baca selanjutnya...

Peribahasa Siri 03

belayar sambil memapan, merapat sambil belayar.

maksudnya: sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai

Peribahasa lain yang sama maksud

  • berkayuh sambil bertimba
  • sambil berdiang, nasi masak
  • ke sungai sambil mandi
  • sambil menyelam minum air
  • sambil berdendang, biduk hilir
  • sekali membuka pura, dua tiga hutang berbayar


Baca selanjutnya...

Wednesday, March 11, 2009

Jalan-jalan ke Balik Pulau


Sempena cuti Maulidur Rasul pada tahun ini kami ke Balik Pulau menikmati laksa janggus. Sebelum itu kami singgah di Masjid Jamek Balik Pulau untuk menunaikan solat Asar. Hidangan makanan harus diseimbangkan dengan hidangan kerohanian.


Baca selanjutnya...

Tuesday, March 10, 2009

Peribahasa Siri 02

1. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau.(pepatah)
Maksud: Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah.

2. Hendak belajar berenang dapatkan itik, Hendak belajar memanjat dapatkan tupai (bidalan)
Maksud: kalau hendak belajar; cari pakarnya.

3. Bagai menatang minyak yang penuh (perumpamaan)
Maksud: sangat dikasihi dan dijaga


Baca selanjutnya...

Tuesday, March 3, 2009

Peribahasa Siri 01

1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (pepatah)
Maksud: Jika ada azam, ada kejayaan

2. Ada Jalan (simpulan bahasa)
Maksud: Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu.

3. Belum duduk sudah berlunjur (bidalan)
Maksud: Kerja tidak ikut aturan.

4. Biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas (bidalan)
Maksud: Meletak jawatan lebih baik dari dipecat.

5. Perempuan perasan, lelaki pemalu (pepatah)
Maksud: Tiap-tiap golongan mempunyai pegangan hidup sendiri.

Setiap peribahasa yang disiarkan di blog ERTIKASIH ini merupakan peribahasa yang terkandung di dalam Buku-buku Teks Bahasa Melayu PMR. Pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR diharap dapat memanfaat isi kandungan di dalam blog ini.


Baca selanjutnya...

Sunday, March 1, 2009

Ejaan Salah vs Ejaan Betul Siri 01

Salah Betul
1. anti-dadah antidadah
2. anti-kerajaan antikerajaan
3. pro-kerajaan prokerajaan
4. anti Rusia anti-Rusia
5. proMalaysia pro-Malaysia


Baca selanjutnya...

Selamat Hari Lahir ke-11: Qurratu Aini Afifah



Tanggal 19 Januari 2009 yang lalu, ulang tahun kelahiran yang ke-11 anak sulung kami disambut sederhana bersama keluarga. Walau demikian kebahagiaan kami sekeluarga semakin erat.


Baca selanjutnya...

Andai Ku Tahu......


Baca selanjutnya...

Kenalan MyLivina Club Malaysia





Semenjak kami menyertai MyLivina Club Malaysia, kenalan dan sahabat bertambah dalam hidup kami. Terasa bermakna hidup ini sekiranya kita mempunyai ramai kawan. Di sini juga kami dapat mengenali rakan baru yang datang dari pelbagai bidang kerjaya. Boleh dikatakan di segenap pelusuk negara kami dapat berhubung dengan rakan-rakan MyLivina Club ini.


Baca selanjutnya...

Saturday, February 28, 2009

Sukan Tahunan Sekolah Danial Furqan






Sabtu-28 Februari 2009, Sukan Tahun SK Francis Light diadakan. Anak kedua kami Muhammad Danial Furqan terpilih dalam perbarisan dan acara larian 4 X 100 m.
Tidak disangka pula Danial boleh berlari dengan laju, inilah kali pertama dia melibatkan diri dalam acara sukan....sungguh kami berbangga dengannya.


Baca selanjutnya...

Bertemu Kenalan di Padang Kota Lama




Kebetulan semasa singgah di Padang Kota Lama membawa anak-anak bermain di taman permainan, terlihat pula ada orang sedang bermain rc motorcycle. Maka hari ini dapatlah seorang lagi kenalan baru dalam hidup kami. Kata orang "berkawan biar seribu, berkasih biar satu".


Baca selanjutnya...

Sunday, February 22, 2009

Jalan-Jalan di Zoo Taiping




Tanggal 21 Februari 2009 juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 13, kami meluangkan masa ke Zoo Taiping dan pekena Kuey Teow Doli. Inilah kali pertama kami meraikannya, sebelum ini kami hanya pergi makan-makan ja, cuma sekadar ucapan. Sengaja kali ini kami meluangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak....sungguh bahagia. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Baca selanjutnya...

Pantun Seribu Erti


Pedada Berembang di hulu tenang
Seri bersih bunga mengkudu
Tanda sayang selalu dikenang
Erti kasih jiwa merindu......




Pantun ini membawa penuh erti dalam hubungan kasih sayang di antara setiap insan. Pantun ini diambil sudah sekian lama, terlupa pula siapa penciptanya.


Baca selanjutnya...
 

blogger templates | Make Money Online